Ahad, 14 Oktober 2012

Air Cond dan Ozon


MENGAPA SINARAN ULTRAUNGU BERBAHAYA?

Sinaran ultraungu berbahaya kerana:
Ia boleh menjejaskan kesihatan manusia
Ia boleh menyebabkan kaser kulit
Ia boleh menyebabkan katarak mata
Ia boleh melemahkan system imunisasi manusia
Ia boleh memusnahkan hidup-hidupan 


APAKAH LAPISAN OZON?

Lapisan ozon ialah lapisan di dalam stratosfera yang terletak kira-kira 15-50 km dari permukaan bumi dan kepekatan molekul ozonnya tinggi.Lapisan inilah yang menghalang sebahagian besar sinaran ultraungu dari matahri dan mengurangkan sinaran ultraungu yang merbahaya itu daripada terkena diri kita.


APAKAH YANG TELAH BERLAKU PADA LAPISAN OZON KITA?

Lapisan ozon kita semakin tipis dan menyebabkan sinaran ultraungu yang sampai ke permukaan bumi  semakin  bertambah. Oleh itu, bumi kita dan hidup-hidupannya kian terancam sekarang. 


APAKAH YANG MENYEBABKAN LAPISAN OZON MENIPIS?

Lapisan ozon kita kian tipis akibat dimusnahkan oleh bahan pemusnah ozon, seperti klorofluorokarbon(CFC) yang digunakan secara meluas sebagai bahan penyejuk (gas) di dalam penyamanan udara kenderaan seperti  yang terdapat di dalam kereta anda. 


ADAKAH ANDA TAHU AKAN JENIS BAHAN PENYEJUK YANG DIGUNAKAN DI DALAM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN ANDA?

Anda mungkin penyumbang  kepada kesan penipisan lapisan ozon jika penyamanan udara kenderaan anda  menggunakan CFC-12 atau lebih dikenali sebagai bahan penyejuk R-12. (Pada masa ini bahan penyejuk yang paling banyak digunakan didalam penyamanan udara kenderaan ialah CFC-12 dan HFC-134a. HFC 134a ialah bahan penyejuk yang mesra ozon dan banyak digunakan untuk kenderaan keluaran baru masa kini).


APAKAH ANDA TAHU BAHAWA PENGGUNAAN BAHAN PENYEJUK CFC-12 DIKAWAL?

Mengikut perjanjian antarabangsa Protokol Montreal, pengeluaraan dan penggunaan CFC akan dihentikan. Malaysia tidak terlepas daripada perjanjian itu dan beriltizam untuk mengurangkan pengimportan CFC dan mengawal penggunaannya.


APAKAH YANG PATUT ANDA LAKUKAN JIKA PENYAMANAN UDARA KENDERAAN ANDA MENGGUNAKAN CFC-12?
  • Pastikan penyamanan udara kenderaan anda diservis oleh juruteknik yang terlatih secara teratur.
  • Servislah di Pusat servis penyamanan udara kenderaan yang bertauliah dan dilengkapi dengan                mesin pemerolehan kembali dan kitar semula (Recovery Recycle Machine) bahan penyejuk CFC-12.
  • Jangan ltambah bahan penyejuk CFC-12 (topup) ke dalam penyamanan udara kenderaan anda yang bocor. Buat pemeriksaan secara menyeluruh dan baikinya sebelum diisi semula dengan bahan penyejuk. Dengan amalan sedemiklian, penyamanan udara kenderaan anda akan lebih bersifat mesra alam dan menjimatkan dalam jangka masa panjang.
  • Elakkan bahan penyejuk CFC-12 daripada bocor dengan menghidupkan penyamanan udara kenderaan anda selama 10 minit setiap minggu supaya kedapnya berpelinciran dan dapat berfungsi dengan baik.


SEBAGAI PEMILIK SISTEM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN HFC-134a, APA PULA PERLU DIKETAHUI?
  • Pastikan bahawa penyamanan udara kenderaan anda diservis di pusat servis kenderaan kenderaan yang bertauliah dan mempunyai juruteknik yang terlatih. Amalan ini dapat mengelakkan ; diisi dengan CFC-12 teta[I dikenakan bayaran harga HFC-134a/ditipu.(harga HFC-134a adalah lebih mahal berbanding harga CFC-12)
  • Pastikan bahawa penyamanan udara kenderaan jenis HFC-134a anda tidak diisi dengan bahan penyejuk CFC-12(dicampur) oleh pusat servis yang tidak bertanggungjawab. CFC-12 akan menyebabkan jangka hayat pemampat system penyaman udara kenderaan jenis HFC-134a anda menjadi pendek dan cepat rosak kerana bahan penyejuk CFC-12 tidak sesuai dengan minyak PAG system penyamanan udara HFC-134a anda.
  • Pastikan bahawa anda mengetahui helah pemasaran atau penipuan yang dilakukan oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan.



CFC DI DALAM PENYAMANAN UDARA KENDERAAN ANDA MEMBERI KESAN BURUK KEPADA LAPISAN OZON
Oleh itu:
  • Kurangkan kebocoran CFC
  • Memperolah kembali dan mengitar semula CFC semasa servis
  • Bertukar kepada penyamanan udara kenderaan yang menggunakan bahan penyejuk yang mesra ozon dan selamat.




Sumber:
Unit perlidungan ozon
Bahagian udara
Jabatan Alam Sekitar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan