BAHAN PENDINGIN KELAS PERTAMA (Paling selamat digunakan)
a) R-11 Trikloromono Florometana CCI3F
b) R-12 Diklorodiflorometana CCI2F2
c) R-22 Monoflorodiflorometena CHCIF2
d) R-500 73.8% R-12 dan 26.2% R-152a CCI2F2/CH3CHF2
e) R-502 48.8% R-22 dan 51.2% R-115 CHIF2/CCIF2CF3
f) R-503 41.1% R-23 dan 59.9% R-13 CHF3/CCIF3
g) R-504 48.2% R-32 dan 51.8% R-115 CH2F2/CF3CCIF2
h) R-774 Karbon Dioksida CO2
Lampiran ini hanya menerangkan mengenai bahan pendingin yang biasa digunakan iaitu, R-12, R-22, R-11
A. R-12 DIKLORODIFLOROMETANA CCI2F2
R-12 ialah bahan pendingin yang paling biasa digunakan. Sifat-sifatnya ialah tidak berbau, tidak berwarna dan mempunyai takat didih(boiling point) yang rendah iaitu -29.7oC pada tekanan atmosfera. Ia juga tidak beracun, tidak menghakis, tidak menggangu keselesaan (irritating) dan tidak mudh terbakar.
Bahan dingin ini stabil pada suhu 550oC. Suhu ini sangat sesuai untuk suhu operasi semua bahan mekanisme penyejukkan dan pelinciran.
Walaupun R-12 mempunyai haba pendam yang agak rendah tetapi ia sesuai juga digunakan pada system penyejukan kecil, biasanya R-12 digunakan pada pemempat salinganputar dan empar.
Tekanan R-12 pada suhu -15oC ialah 0.830kg/cm3 dan pada suhu 30oC ialah 6.56kg/cm3.Haba pendam suhu -15oC ialah 159 J/g.
Kebocoran R-12 boleh dikesan dengan menggunakan beberapa alat seperti lampu halide, pengesan elektronik dan buih sabun.
Kandungan kelembapan R-12 sangat kritikal berbanding dengan R-22 dan R-502. Larut dalam minyak hingga ke suhu -68oC bagi membolehkan melalui penyejat. Bahan dingin R-12 akan terasing daripada minyak pada suhu -68oC ke bawah. Oleh kerana suhu pendingin R-12 lebih berat, minyak akan terapung di atasnya.
Sekarang terdapat bahan pendingin yang baru. Genetron 12/31 yang boleh digunakan sebagai pengganti R-12 dan R-31. Nama kimia R-31 ialah monoklorometana florometana. Kandungan kimianya ialah CCI2F278% dan CH2CIF 22%. Haba pendam pewapan dan tekanan bahagian tingginya agak tinggi sedikit daripada R-12. Suhu kritikalnya ialah 118oC.
B. R-22 MONOKLORODOFLOROMETANA CHCIF2
R-22 biasa digunakan pada system penyejukan yang memerlukan suhu penyejat yang rendah. Satu contoh ialah unit penyejukan pantas (fast freezing), dimana suhu boleh mencapai 29oC ke -40oC. Unit ini boleh digunakan juga pada system penyamanan udara dan peti sejuk rumah. Pemampat-pemempat yang biasa digunakan bersama R-22 ialah pemampat salingan dan empar. Untuk mendapatkan suhu rendah (-40oC) apabila menggunakan R-22, system tersebut mestilah beroperasi diatas paras tekanan atmosfera dan tidak dibawah tekanan tersebut.
Takat didih R-22 ialah -41oC pada tekanan atmosfera. Haba pendamnya ialah 216J/ pada -15oC. Tekanan bahagian tinggi pada 30oC ialah 11.1kg/cm2. Tekanan penyejat R-22 ialah 1.96 kg/cm2 pada -15oC.
Oleh kerana R-22 bercampur dengan air, bahan pengering dalam kuantiti yang banyak diperlukan untuk mengeringkannya. R-22 juga larut dalam hingga suhu yang rendah iaitu -9oC. Walaubagaimanapun, R-22 masih kekal berkeadaan bendalir untuk mengalir ke saluran sedutan hingga suhu -40oC. Hal ini demikian kerana minyak lebih ringan daripada bahan pendingin pada suhu ini (-40oC) dan ini menyebabkannya terapung.
Kebocoran R-22 dapat dikesan dengan menggunakan alat-alat seperti pengesan kebocoran elektronik, buih sabun dan lampu halida.
C. R-11 TRIKLOROMONOFLOROMETANA CCI3F
R-11 biasanya digunakan sebagai bahan pencuci untuk mencuci bahagian dalam pemampat kecil semasa membaikpulih system. R-11 digunakan pada system yang pemempatnya telah terbakar atau system yang telah terbakar atau sistemyang dimasuki kelembapan. Membuang kelembapan dengan memasukkan R-11 boleh memendekkan masa pengvaksi. R-11 adalah satu bahan pengcuci yang paling baik untuk proses diatas. Bahan pendingin ini juga boleh digunakan pada sistem besar empar.
R-11 mempunyai tekanan rendah 609.6 mmHg pada suhu -15oC dan tekanan tinggi 1.28 kg/cm2 mutlak pada suhu 30oC. Haba pendamnya ialah 196 J/g pada suhu -15oC. Suhu takat didih pada tekanan atmosfera ialah 23.7oC.
Kebocoran R-11 dapat dikesan dengan menggunakan lampu halida, pengesan kebocoran elektronik dan buih sabun.